31 March 2010

Main laptop

Kecik-kecik lagi dah pandai main laptop

13 February 2010

Digooglekan

 Anak Google
 Anak dan Papa Google

Toddler Organic Cotton Bucket Cap dan Organic Cotton Toddler Tee agak besar untuk Humaira. Gi Amerika utk beli baju ni tu, Google Onsite Store, Googleplex. Oh, mama pun ada baju Google, Organic Cotton Women's Logo Tee, tapi takleh tunjuk kat public, aurat.

09 January 2010

papa...cepat la balik...

papa dan anak dara kesayangannya..hehe


cantik x papa humaira' pakai baju ni..:)

Erm, dah nak seminggu papa Humaira' gi USA..rindu bangat nih..:p haha,sebenarnya x de keje ok.boring duk umah ngan humaira' je..so update blog la sket. haa skrg humaira' dah makin byk perkembangan:

1.suka isap jari..kdg2 masuk sume jari,hik3
2.baru nak belajar meniarap.tp bila x dpt marah2 n mengomel sorang2
3.vocab dah makin banyak..macam2 bunyi keluar dari mulut dia
4.dan makin suka 'blebe'...hehe

ok la..have to stop now..cik humaira' comel dah marah2 x leh nak meniarap.kena bg 'bantuan'..utk papa,cepat2 balik yer..moga selamat smpai ke umah kita.nanti mama n humaira' gi amik papa kat airport ye..miss u..

29 December 2009

Setahun bersama...syukur padaMU ya Rabb



Alhamdulillah..tiada kata yang boleh diungkapkan bila meraikan tarikh penting dalam hidup kami.25 Disember 2008 kita disatukan..Kini sudah setahun rupanya kita bersama.Sudah setahun kita berkongsi rasa..Moga2 jodoh yang ditemukan tuhan ini dipanjangkan sampai ke akhir hayat.

Terima kasih ya Allah atas anugerah terindah dalam hidupku.Terima kasih atas kesempatan yang KAU berikan untuk kami saling menyayangi.Dan terima kasih ya Allah atas kehadiran si kecil permata hati kami,Hannan Humaira'.Hadirnya menyerikan rumahtangga kita.moga2 kita berjaya menjadi mama dan papa yang terbaik utk Humaira' dan bakal adik-adiknya nanti:D

Terima kasih abang atas segala-galanya...dan maaf atas segala kelemahan sepanjang setahun kita berkongsi hidup.

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA...
moga kita sentiasa dalam maghfirah dan kasih sayangNya...
semoga kita mampu bercinta sampai ke syurgaNya...ameen.

Dia yang teristimewa...


19 Dis 2009 genap umur abang 28tahun...happy birthday abang:)

erm..menjadik ke suprise party sayang tu?hehe sori la yer,x reti nak wat suprise2 ni..cuma mampu berdoa utk abang,moga terus dimurahkan rezeki,berjaya dunia dan akhirat.dan semoga kita sekeluarga bahagia sampai ke syurga:)